OurLoveStory

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Dia telah pergi meninggalkan kita . Alfatihah :')

HAI ASSALAMUALAIKUM . MESTI TERKEJUTKAN TENGOK POST TITLE MCM TU . DAN SEBELUM NAK MEMULAKAN POST NI , NAKPESAN , "SAYA NI KAWAN DIA :)" KAWAN KEPADA ARWAH MUHAMMAD HAZIM . MUNGKIN RAMAI TAK TAHU SEBAB KEBANYAKAN NYA MEMBER2 TERDEKAT JE TAHU .. DEKAT 3 BULAN DIA PERGI MENINGGALKAN KAMI SEMUA . 31 DECEMBER 2012 . KAMI HADAPI DENGAN KEDUKAAN DENGAN KEPERGIAN DIA :') TIDAK DAPAT KAMI BAYANGKAN WAKTU TU . 

RAMAI TERTANYA TANYA , KENAPA HAZIM DEACTIVE FACEBOOK TETIBA ? MANA HAZIM ? DIA ADA DIDALAM KUBUR :') DIA PERGI DISEBABKAN KEMALANGAN . DIA TERSEKSA SELAMA 3 HARI TANPA SEDARKAN DIRI . MASA HARI PERTAMA , KEADAANNYA SANGAT KRITIKAL . DOKTOR HANYA MAMPU SURUH KAMI BERTAWAKAL KERANA HAZIM NYAWA 50 50 . DAN SAAT ITU KAMI RELA ANDAI DIA PERGI . BIARLAH DIA PERGI DARIPADA DIA TERSEKSA :'( KAMI TERIMA ANDAI DIA DITAKDIRKAN MENINGGALKAN KAMI . KEADAANNYA MSIH TAK BERUBAH . KAMI MELAKUKAN SOLAT HAJAT DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMINTA PERTOLONGAN ALLAH . 
HARI KEDUA : KEADAANNYA STABIL :') ALHAMDULILLAH . ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI . TETAPI DIA MASIH TAK SEDARKAN DIRI . KAMI TATAP WAJAHNYA YANG PUCAT ITU DENGAN SAYU :') KAMI HARAP DIA AKAN PULIH SEPERTI SEDIA KALA . 
SEBELUM SAYA CERITAKAN PADA HARI KETIGA , MUNGKIN RAMAI NAK TAHU HAZIM KENAPA KAN ? :') ARWAH KEMALANGAN WAKTU NAIK MOTOR DENGAN KAWAN DIA . TAYAR MOTOR PECAH . HAZIM DAN KAWANNYA MELAMBUNG KE TENGAH JALAN . DATANGNYA SEBUAH KERETA LANGGAR KAWAN KAMI DAN SEBUAH MOTOR LANGGAR HAZIM . WAKTU TU KAMI TERKEDU APA YANG KAMI LIHAT . WAKTU KEJADIAN SEBELUM TIBA KE RUMAH SAYA :'( MUHAMMAD ANIEF TELAH PERGI DITEMPAT KEJADIAN DAN HAZIM DIBAWA KE HOSPITAL DAN DI LETAKKAN DIDALAM CCU . HAZIM PATAH TANGAN . PINGGANGNYA DUA-DUA TELAH ROSAK DAN DIA MENGALAMI BANYAK PENDARAHAN DIKEPALA . DOKTOR SUDAH BERPESAN , KAMI KENA TERIMA ANDAI DIA TIDAK DAPAT DISELAMAT KAN . 
\DAN TIBALAH HARI KETIGA . WAKTU PAGI DIA MASIH STABIL . TIBA TENGAHARI WAKTU KAMI SOLAT ZOHOR , HAZIM SUDAK NAZAK :') DIA SEPERTI SUDAH INGIN MENINGGALKAN KAMI . KAMI MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SELAMATKAN DIA . PADA PUKUL 7.00 MALAM , DOKTOR MENGARAHKAN AHLI KELUARGA HAZIM DATANG MENZIARAHI DIA DAN MINTA MEMBACAKAN YAASIN KERANA HAZIM DAH TAK DAPAT BERTAHAN . 7.30 , DIA DIAJARKAN MENGUCAP DAN NAFASNYA TERUS TERHENTI . INNALILLAH.. HAZIM TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH . BAGAI SEBUAH MIMPI MELIHAT HAZIM TERKAKU DIATAS KATIL . MESIN BANTUAN UNTUK APA TAH , SUDAH DIBERHENTIKAN . KAMI TUNGGU DIA DI BILIK MAYAT :') HAZIM DIKEBUMIKAN PADA PUKUL 10 PAGI ESOKNYA . HAZIM TAK SEMPAT PAKAI BAJU SEKOLAH , PERGI SEKOLAH . DIA TAK DAPAT MENIKMATI HARI PERTAMA 2013 :') KINI 3 BULAN DIA PERGI MENINGGALKAN KAMI . 2 MINGGU SEKALI KAMI AKAN PERGI KE KUBUR DIA :') RINDUNYA DENGAN TAWA , MARAH , JERITAN , DENGKIAN DAN SEMUA LAWAK-LAWAK DIA :') TENANGLAH DISANA WAHAI SAHABATKU TERSAYANG . SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MU . ASSALAMUALAIKUM :'(